Syima optimis dalam perniagaan

USIANYA baru sahaja menginjak 20 tahun, namun misi dan visi yang dibawa si manis pemilik nama penuh Siti Norhasyimah Azmi ini cukup jelas. ...

USIANYA baru sahaja menginjak 20 tahun, namun misi dan visi yang dibawa si manis pemilik nama penuh Siti Norhasyimah Azmi ini cukup jelas.

Mahu memiliki empayar perniagaan sendiri menjadi antara fokus utama untuk dicapai oleh pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan ini.

Tidak hanya sekadar menyulam angan-angan, anak keenam daripada sembilan beradik yang mempunyai pesona dan aura tersendiri itu, berani mengorak langkah dengan menghasilkan produk kecantikan sendiri di bawah jenama Syma Beauty Skincare.

Merupakan seorang yang gemar kepada kecantikan dan sentiasa mahu kelihatan anggun dan rapi, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan yang mesra disapa Syima ini mengakui dunia kecantikan membuka peluang perniagaan kepadanya.

Siapa sangka dalam usia semuda itu, Syima kini boleh berbangga dengan pencapaiannya di mana produk yang dihasilkannya bukan sahaja mendapat tempat dalam kalangan wanita di negara ini, malah melangkaui negara luar termasuk India, Singapura dan Indonesia.

 
Menceritakan bagaimana tercetusnya idea mengkomersialkan produk warisan keluarga itu, Syima berkata, semuanya bermula selepas dia mengalami masalah kulit selepas menggunakan produk kecantikan yang dibeli melalui internet.

Katanya, bimbang dengan keadaan wajah yang semakin teruk, dia kemudiannya beralih menggunakan produk turun temurun itu bagi mengembalikan semula kulit wajahnya seperti asal.

“Pada mulanya, saya sekadar mencuba produk kecantikan lain tetapi tidak menyangka pula produk itu merupakan barangan tiruan yang akhirnya merosakkan kulit wajah saya.

“Oleh kerana bimbang, saya menggunakan semula produk warisan keluarga sehinggalah wajah saya kembali pulih. Saya tidak menyangka perubahan wajah saya disedari rakan-rakan dan ramai yang bertanya mengenainya sehinggalah saya terfikir untuk mengkomersialkan produk tersebut,” katanya kepada S2.

Mengulas lanjut, Syima berkata, jika pada permulaannya dia hanya mengeluarkan 500 unit untuk percubaan, namun ekoran permintaan yang memberangsangkan, dia kini perlu mengeluarkan sebanyak 1,000 unit setiap hari.

Menyasarkan untuk memiliki pejabat sendiri selewat-lewatnya pada tahun hadapan, Syima optimis untuk memperluaskan rangkaian perniagaannya di seluruh negara dengan penambahan beberapa lagi produk.

“Sekarang, produk saya telah dijual di kebanyakan kedai-kedai jamu dan ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya percaya kepada rezeki, walaupun banyak persaingan daripada peniagaan lain, saya tetap yakin dengan kemampuan produk sendiri.

“Lagi pula produk keluaran saya dijual pada harga mampu milik. Setiap wanita tidak kira peringkat usia mampu memilikinya,” ujarnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang produk Syma Beauty SkinCare boleh lawati instagram syma_beauty dan facebook syima.eima.

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/syima-optimis-dalam-perniagaan-1.41209#sthash.qH3PzIc0.dpuf

Related

Akhbar 7705721901060070967

Post a Comment Default Comments

  1. selamat malam mbak Siti Norhasyimah Azmi yang ada di kelantan malaysia, saya mau melaporkan tentang fitnah yang dilakukan oleh hamdani bin hamdi, orang kalimatan selatan yang menggunakan foto mbak Siti Norhasyimah Azmi , mengaku sebagai suami dari mbak, bukti foto yang di posting dari penipu Hamdani bin Hamdihttps://www.facebook.com/profile.php?id=100011089026767

    ReplyDelete
  2. selamat malam mbak Siti Norhasyimah Azmi yang ada di kelantan malaysia, saya mau melaporkan tentang fitnah yang dilakukan oleh hamdani bin hamdi, orang kalimatan selatan yang menggunakan foto mbak Siti Norhasyimah Azmi , mengaku sebagai suami dari mbak, bukti foto yang di posting dari penipu Hamdani bin Hamdi https://www.facebook.com/profile.php?id=100009608712267&ref=ts&fref=ts

    ReplyDelete
  3. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete

emo-but-icon

Tinggalkan Komen Anda!

Follow Me

Instagram


Hot in week

Recent

Comments

item